Friday, October 29, 2010

Saya sayang awak...

Untuk awak tahu bahawa saya amat menghargai kehadiran awak...
Mungkin ini perangai yang tidak tahu malu...
Bak perigi mencari timba...
Memasang angan untuk menjadi halal buat awak...
Jadi saya menjaga diri...
Biar siapa dan bila...
Saya tahu saya tidak rugi...

Awak...
Terima kasih...
Banyak yang awak beri...
Tak mampu saya balas...
Terima kasih...
Kerana awak,saya masih tersenyum...
Biarlah ia menjadi rahsia kita...
Memori dan kenangan yang awak cipta...
Ianya untuk kita berdua...
Sungguh...
Terasa hanya ada kita berdua...

Monday, October 18, 2010

Nur

Orang selalu kata hidup ibarat roda....
Kejap di atas..Sekejap di bawah....
Hidup saya....
Tak tahu di bawah atau di atas...
Tiada gembira...
Tiada berduka....
Kosong....

Hingga suatu hari saya tersedar....
Hidup saya selama ini di bawah....
Maksud saya, kegelapan....
Saya belum berjumpa cahaya yang ingin saya bawa untuk menerangi jalan saya....
Bagaimana harus saya mencari cahaya itu??
Di mana akan saya jumpa??

Saya diam...
Kegelapan ini...
Biar pun tidak cerah....
Tapi saya nampak...
Jalan yang saya tuju....
Cuma saya tidak tahu...
Betulkah jalan yang saya pilih....

Ingin saya bertanya pada sesiapa...
Tapi pada siapa....
Siapa yang tahu jalan ini??
Tiada jawapan...
Saya menguatkan fikiran untuk berfikir....
Di mana cahaya saya??
Di mana petunjuk buat saya??
Di mana jalan yang betul??

Resah semakin menyelubungi hati...
Masa terus berjalan....
Hingga saya teringat...
Sesuatu yang paling penting untuk saya...
Yang selama ini saya terlupa...
Tuhan saya...
Allahu Akbar....

Saya menjumpai cahaya saya...
Alhamdulillah...
Hidayah yang baru saya lihat...
Semoga masa ini tidak berhenti...
Untuk saya mencari jalan yang sebetulnya...
Dengan cahaya baru yang saya perolehi...
Untuk saya belajar menggunakan cahaya saya...
Untuk saya berlatih berjalan dengan cahaya baru...

Dengan cahaya ini...
Membuatkan saya sedar...
Diri ini milik Allah yang Esa...
Akan saya belajar mencintai-Nya...
Dan hati ini akan saya penuhi dengan agamanya....
Subhanallah....

Tuesday, October 12, 2010

Loneliness

Semaki kita jauh, semakin terasa jurangnya...
Kesedihan dalam kesepian...
Keseorangan...
Semoga gelap ini bukan hanya terlihat di mata ku..
Andai kamu juga melihatnya,mungkin aku akan nampak kamu...
Mungkin ia tidak lagi menjadi gelap..
Kerana aku ada kamu...
Gelap itu terang...
Malam itu siang...
Hitam itu putih...
Kerana aku ada kamu...
Aku tidak lagi kesepian...

Monday, October 4, 2010

Noktah.

4 October 2010.
12.50 a.m.

At this moment...
I give up our dreams....
Heartbroken...
This shattered pieces no longer can be repaired....

Friday, October 1, 2010

Luahan terus dari hati..!



Kata orang melayu, air dicincang tak akan putus... Orang putih cakap, "blood is thicker than water"... Orang lain pulak, saya tak tau dowg ckp pe...erk.. Tp yg pasti, semestinya InsyaAllah, keluarga itu yg selama2nya.. Rindu dan sayang pada keluarga... Kadang2 saya harap mereka juga sedar, tanpa keluarga, siapalah kita... By mereka, maksud saya adik2 saya... Kerana kadang2 saya merasakan mereka masih belum sedar betapa pentingnya keluarga... Bergaduh untuk perkara2 kecil sangat tidak berbaloi... Saya selalu merasakan keluarga saya ialah keluarga bahagia... Tiada masalah besar sehingga sekarang... Mungkin ia bukan masalah besar, tapi saya sudah kurang merasakan kebahagiaan itu... Kalau dulu, semua rahsia kongsi bersama... Bedtime stories... Tengok tv pun bersama... Mungkiin itu cuma perkara biasa... Tapi untuk saya, itu adalah bahagia... Spending time with each other... Maybe thats why I cant stand to be far away from my family... I miss those days... Sekarang dah lain... Tanpa saya sedari, adik2 dah besar... Bkn lah dewasa sgt tapi ckup dewasa untuk merasakan kawan2 sebagai priority... Kakak pun dah kahwin dan berpindah... Bagi saya, keadaan yang dah berubah, bukan lah alasan untuk tidak merasa bahagia itu lagi... Tp indeed, it is one of the reason... Rumah itu semakin sunyi... Sudah tiada gelak tawa... Saya sangat rindukan keluarga saya... Tolong.. Kembalilah pada kita yang dulu... Mungkin ini bukan sesuatu yang besar selain saya yang memperbesarkannya... Mungkin saya yang tidak dapat nak adapt dengan keadaan yang memang akan berubah... Mungkin... Tapi saya sayang kelarga saya... Jika ia perubahan yang membawa kebaikan, tak mengapa... Saya akan terima... Tapi adakah perubahan yang sedang berlaku sekarang ini berbaloi? Perpisahan kita bukan dengan jarak... Tapi dengan hati...



p/s : Luahan yang straight forward ni... Saya harap yang membaca itu akan mengerti...

Tuesday, September 21, 2010

Analogy Kehidupan


Kalau kamu berjalan di sebuah hutan,pasti kamu melihat pokok-pokok yang memayungi kamu dari panas dan hujan. Mendengar sayup-sayup suara alam yang mendendangkan lagu asli bumi. Kemudian memerhati warna-warni spesies hidupan. Tumbuhan liar yang menjalar bersama rama-rama cantik. Pemandangan indah. Kamu perlu hargainya. Kerana bila kamu tersesat di hutan itu, pastinya kamu hanya mencari jalan keluar. Terlupa sekeliling kamu yang menjadi petunjuk arah. Dimana kamu melihat batu sebagai kompas. Buah-buahan yang membantu kamu terus bernafas. Air sungai yang menyucikan. Jangan lupakan semua itu bila kamu keluar dari keindahan yang tidak kamu sedari. Kerana masih banyak hutan yang belum kamu terokai. Masih ada bauan yang lebih wangi. Simpankan ia di dalam hatimu. Andai tidak sempat, mungkin itu yang terindah buatmu. Andai ada lagi, mungkin kamu lebih mengenali.


p/s : Saya suka analogy.Huhuuu...

Tuesday, August 31, 2010

Akhiran

Seperti kertas.....
Apa yang saya lihat cuma apa yang tertulis...
Dan awak kertas kosong.....
Tiada apa yang diekspreskan....
Tidak menangis atau ketawa....
Saya tak tahu awak sayang atau benci...

Saya sedang memberitahu awak...
Suara saya ibarat angin...
Hanya lalu...
Tidak singgah...
Dan angin itu berkata...
Saya sayang awak...
Lalu pergi...
Tidak terkesan di hati awak...

Jadi saya tidak tahu...
Awak gembira atau sebaliknya...
Saya berharap awak beritahu saya....
Supaya saya berhenti berharap...
Beritahu dengan cara saya....
Supaya saya faham....

Saya tidak tahu sekarang...
Adakah awak ambil kisah...
Adakah awak ambil berat....
Tapi itu semua tidak penting....
Saya sudah berputus asa...
Menunggu jawapan awak...

Untuk itu...
Selamat Tinggal...

Friday, August 20, 2010

This one really meant for you..

Thanks a lot...
Because you always stay by my side...
Never leave...
And permanently be with me...

That just give me strength...
To hold on...
To keep move on...
To be patience...

You give me courage...
To hold still and fight...
To go through the worse...
For without you, I wouldn't be this strong...

So, I wrote this....
Knowing its still not enough...
To tell you how thankful I am..
For your presence by my side...
Always give me reasons....
To live better....

I hope you would read this...

Monday, August 16, 2010

Kenangan Masa Silamku

Masa berlalu begitu pantas rasanya...
Tidak ku sedar jauh telah ku tinggalkan momen-momen itu....
Kenangan yang tak mungkin kan kembali...
Saat-saat yang tak mungkin putar semula....
Terasa dingin hatiku ketika mengimbas....
Hanya mengimbas yang mampu ku lakukan.....

Kebahagiaan yang datang itu memang hanya sementara....
Tapi kesannya tidak mungkin hilang...
Terpahat dalam ingatan....
Mengukir senyumanku....

Ya Allah.....
Biarka kenangan lalu tetap di hatiku...
Agar ku tahu menghargai detik-detik yang berlalu....
Agar ku belajar erti sabar....
Menghadapi susah dan senang....
Agar ku belajar dari kesilapanku....

Masa silamku....
Itu aku kongsikan dengan kamu...
Terima kasih...
Kerana sudi menciptakan kenangan denganku...
Semoga kita menciptakan masa depan....
Seperti kenangan lalu...
Biar ia menjadi mimpi...
Yang tak ingin kita lupakan...

Kerana manisnya....
Tiada yang lebih manis....

Friday, August 13, 2010

Pengajaran Buatku

Terima kasih....
Kerana awak tinggalkan saya...
Dengan itu, saya dapat kembali semangat saya...
Saya kembali merasa lega...
Kerana saya berjumpa dengan yang lebih baik....

Mungkin tidak dapat saya menyayangi seperti mana sayangnya pada awak....
Mungkin dia mengganti tidak sebaik awak....
Tapi saya pasti....
Saya akan teruskan tanpa awak....

Terima kasih....
Kerana melukai saya....
Jadi, saya lebih immune dengan luka-luka lain....
Tabah menghadapi dugaan yang mendatang...
Kerana luka yang awak tinggalkan...
Tiada yang lebih parah dari itu....

Terima kasih....
Kerana sepanjang bersama awak.....
Saya belajar menyayangi....
Belajar berusaha mendapatkan apa yang saya inginkan...
Belajar melepaskan sesuatu yang bukan milik saya....
Tapi awak tidak ajarkan saya...
Bagaimana untuk berhenti mencintai....

Jadi,maaf....
Setelah sekian tahun...
Saya masih belum berhenti menyayangi awak....
Belum melupakan awak.....
Belum lagi untuk berhenti bermimpi....
Bahawa suatu hari nanti...
Awak akan kembali....

Saya masih belum mengesat air mata...
Yang dititiskan untuk menyedarkan awak....
Betapa saya sayangkan awak....

Tuesday, August 10, 2010

Janji untuk Dina

Tertera perkataan "Janji untuk awak. InsyaAllah" pada sampul itu. Saya mengambil dan membukanya. Bau surat itu harum dan menusuk ke rongga hidung.

Awak...

2 Ogos 2005 : Awak bagitahu saya keadaan di kampung awak. Awak cakap ada pantai cantik. Teringin nak berpiknik dengan keluarga. Tapi masa tu ayah awak cuti kejap. Tak sempat nak pergi. Saya janji dengan awak kan nanti kita pergi sama-sama. Gembira tengok awak tersenyum. Saya dah belajar masak sushi dan egg rolls yang awak suka. Bahan-bahan dia pun saya dah beli. Hari sabtu ni kita ke pantai nak? Saya minta Pak Halim bawa kita ke Pantai Baru Kelanang.

16 Mac 2006 : Awak ajar saya buat layang-layang masa kelas Pendidikan Seni kita. Saya masih simpan lagi layang-layang tu. Tapi awak pula yang tak pandai buat layang-layang bentuk bunga yang awak suka. Jadi, kita buat yang biasa saja. Saya janji dengan awak, kita main layang-layang yang awak suka. Saya dah siapkan satu untuk awak.

24 September 2007 : Satu perkara yang awak selalu bagitahu saya. Pemandangan matahari terbenam sangat cantik. Masa tu saya tak bagitahu awak. Tapi saya janji dengan diri saya, saya akan bawa awak tengok matahari terbenam.

10 Mei 2008 : Cerita Gol&Gincu favourite awak. Pierre Andre buatkan origami untuk Fazura. Awak paling suka babak tu. Semggu lepas tu pun awak masih cakap tentang romantiknya Pierre Andre tu. Awak pulak paksa saya berjanji untuk buatkan origami untuk awak. Origami and paper cut. Saya tak lupa.

9 November 2008 : Gelang yang Fidah bagi pada awak 2tahun lepas hilang. Kelam kabut dibuatnya. Awak merungut. Tak ada laci untuk awak simpan aksesori. Brooch awak pun selalu hilang. Saya buatkan satu laci kecil. Khas untuk awak. Sabtu ni saya bagi. Simpanlah barang awak baik-baik.

7 Jun 2009 : Awak nampak baju cantik masa kita keluar ke Mid Valley. Awak cakap nak pakai teringin nak pakai baju macam tu. Tapi boleh pakai kalau dengan suami je. Saya pun dah jadi malu dengar awak cakap macam tu. Maaf. Saya tak dapat nak tunaikan impian awak untuk menari dengan baju tu. Saya cuma dapat belikan untuk awak. Awak pakai la bila awak jumpa suami awak nanti.

29 Januari 2010 : Awak tiba-tiba ajak saya tengok bintang. Masa tu tak sempat sebab hujan. Saya buatkan origami bintang untuk awak. Supaya awak boleh tengok walaupun tanpa saya dan malam. Saya sangat kerdil untuk memetik bintang itu untuk awak.

Awak,

Kita dah bersahabat lama. Sahabat saya yang paling lama. 5tahun. Awak mungkin lupa tapi saya ingat semua janji kita. Maaf sebab saya dah mengotori persahabatan kita dengan perasaan saya. Dan mungkin awak tak nak berkawan dengan saya lagi. Jadi,saya harap dapat menunaikan janji-janji saya buat kali terakhir. Satu hari saja. Harap awak dapat luangkan. Saya ingin menunaikan janji-janji saya untuk awak.
Ikhlas dari hati,
Safuan.


Hampir sahaja menitis airmataku.
" Maafkan Dina. Dina masih belum bersedia untuk semua komitmen yang Wan minta. Kita masih muda. "Baru 17tahun.".


"Dina,Wan accident...!!!"


Safuan koma selepas kemalangan itu. Saya hanya mampu berdoa. Semoga Safuan sembuh untuk menunaikan janji-janjinya.

Dina tunggu Wan. Janji-janji kita. Hanya janji yang Dina nak tunaikan dengan Wan.

Thursday, August 5, 2010

Surat Cinta Dari Hati

Sesuatu yang saya ingin tuliskan untuk awak....
Surat cinta yang hati ini karangkan untuk awak...
Hanya untuk awak...

Hati ini tidak mampu berkata-kata...
Jadi maafkan ia kerana tidak bersuara...
Menyatakan kasih dan sayang yang sememangnya milik awak...

Semoga suatu hari nanti awak faham...
Andai hati ini mampu berbicara...
Pasti telah diungkapkan segala madah....
Segala puisi cinta...
Supaya awak tahu...
Betapa hati ini telah penuh dengan kasih untuk awak...
Sehingga tiada ruang untuk sayang yang lebih dari ini...

Saya cuma punya satu hati...
Hati ini untuk awak...
InsyaAllah...
Selama-lamanya...

Wednesday, July 28, 2010

Pelangiku...

Ibarat pelangi itu...
Ada warna yang aku suka...
Ada yang tidakku gemari....
Bukankah itu yang mencantikkannya?

Bila ia muncul selepas hujan yang lebat....
Hatiku terasa girang...
Pelangi yang menceriakan....
Aku takut...
Jika hujan ribut itu terlalu kuat....
Aku akan kalah....
Tidak sempat melihat pelangi....

Kau tau?
Kau ibarat pelangi itu...
Yang tinggi di awanan...
Aku mencari biar tinggi mana sekali pun...
Dan kau tetap muncul selepas hujan itu...

Tuhan...
Aku bersyukur....
Kerana kau ciptakan pelangi...
Pelangi yang sentiasa menemaniku...

Tuhan...
Aku memohon....
Boleh Kau ciptakan pelangi itu untukku?
Untukku seorang saja...
Boleh Kau buat ia muncul sentiasa?
Aku tidak ingin ia hilang setelah siang...

Aku mohon padaMu....
Jadikan aku kuat...
Menempuh hujan dan ribut....
Supaya aku masih ada...
Untuk melihat pelangiku....

Monday, July 26, 2010

Kerana hari itu hujan...
Jadi tidak akan ku lihat air mata mu...
Jadi tidak perlu ku rasa bersalah...
Tidak perlu ku meminta maaf....

Kerana saya tau...
Awak akan menangisi....
Awak akan tetap terluka....

Jadi biarlah hujan itu turun....
Supaya saya tidak lihat air mata awak....
Supaya saya tidak tahu awak bersedih....

Maafkan.....
Melukai hati awak sebegitu...
Kerana saya tidak mampu lagi...
Tidak mampu menjadi yang terbaik...
Tidak mampu bersama awak....
Tidak mampu menemani awak selama-lamanya....

Friday, July 23, 2010

Itu Hanya Suatu Ketika

Suatu ketika dahulu,kamu yg ilhamkan erti emosi...
Ketika itu, kamu yg ajarkan cara berkasih...
Ketika itu, kamu tunjukkan mimpi...
Ketika kamu berjanji, kamu ciptakan harapan....
Ketika saya mula menghargai, tidak pernah ingin saya lepaskan...

Segala kenangan.....
Segala memori masih dalam hati...
Tersusun buat titipan untuk saya tabah menanti...
Menanti saat kamu kotakan kata....
Saya menunggu kita menggapai impian...

Ketika ini, saya masih belum beputus asa...
Ketika ini, saya masih disini...
Masih mengharap pada hubungan kita....
Ketika ini, kamu sudah tiada.....

Thursday, April 29, 2010

Apakah??

Awak tinggalkan saya di perjalanan itu...
Mungkin saya yang tidak mampu berjalan seiringan dengan awak...
Tapi kenapa awak langsung tidak menunggu saya??
Atau sebenarnya awak mengejar dia?

Monday, April 26, 2010

Cupid Struck


Cupid struck....
Exactly at my heart....
And it's bleeding....
I look around...
Find whom I wish to share my pain....
I saw him...
The one I love....
But his arrow doesn't match mine...
Yet I still watching him all the time...
Even though he never look at me...
Not even once...
Coz he keep seeing her...
I loook at his happy face...
My heart aches...
Painful than before....
And I still hold it alone...

The cupid struck again...
To a man standing right beside me....
It's bleeding...
And I know it's painful...
But he hold it well....
I wonder why I don't see him before...
We share the same pain...
We go through it together...
Until I noticed...
He's arrow match mine...
And the pain is gone...

Sunday, April 25, 2010

Heart = Love??

Heart = Love?
Coz heart is the place where I keep people I love...
I have them in my heart....
My heart is so big that I'm able to keep so many people inside it...
First of all,of course my Almighty God...Allah S.W.T
My prophet, Nabi Muhammad S.A.W...
My mum,my dad,my family....
My loved ones...
My friends...

Heart is where I keep all the happiness...
feel the grief...
Create the dream....
Its where I experience the needs to grow...
Be more mature...
And understand others' feeling....

I keep my heart in the safest place inside me...
Where no one suppose to have it....
Coz my heart belong to God...
And wihtout it, I shall die...

Its the most important thing in my life....
Its my heart....

Bewitched Pet