Tuesday, August 10, 2010

Janji untuk Dina

Tertera perkataan "Janji untuk awak. InsyaAllah" pada sampul itu. Saya mengambil dan membukanya. Bau surat itu harum dan menusuk ke rongga hidung.

Awak...

2 Ogos 2005 : Awak bagitahu saya keadaan di kampung awak. Awak cakap ada pantai cantik. Teringin nak berpiknik dengan keluarga. Tapi masa tu ayah awak cuti kejap. Tak sempat nak pergi. Saya janji dengan awak kan nanti kita pergi sama-sama. Gembira tengok awak tersenyum. Saya dah belajar masak sushi dan egg rolls yang awak suka. Bahan-bahan dia pun saya dah beli. Hari sabtu ni kita ke pantai nak? Saya minta Pak Halim bawa kita ke Pantai Baru Kelanang.

16 Mac 2006 : Awak ajar saya buat layang-layang masa kelas Pendidikan Seni kita. Saya masih simpan lagi layang-layang tu. Tapi awak pula yang tak pandai buat layang-layang bentuk bunga yang awak suka. Jadi, kita buat yang biasa saja. Saya janji dengan awak, kita main layang-layang yang awak suka. Saya dah siapkan satu untuk awak.

24 September 2007 : Satu perkara yang awak selalu bagitahu saya. Pemandangan matahari terbenam sangat cantik. Masa tu saya tak bagitahu awak. Tapi saya janji dengan diri saya, saya akan bawa awak tengok matahari terbenam.

10 Mei 2008 : Cerita Gol&Gincu favourite awak. Pierre Andre buatkan origami untuk Fazura. Awak paling suka babak tu. Semggu lepas tu pun awak masih cakap tentang romantiknya Pierre Andre tu. Awak pulak paksa saya berjanji untuk buatkan origami untuk awak. Origami and paper cut. Saya tak lupa.

9 November 2008 : Gelang yang Fidah bagi pada awak 2tahun lepas hilang. Kelam kabut dibuatnya. Awak merungut. Tak ada laci untuk awak simpan aksesori. Brooch awak pun selalu hilang. Saya buatkan satu laci kecil. Khas untuk awak. Sabtu ni saya bagi. Simpanlah barang awak baik-baik.

7 Jun 2009 : Awak nampak baju cantik masa kita keluar ke Mid Valley. Awak cakap nak pakai teringin nak pakai baju macam tu. Tapi boleh pakai kalau dengan suami je. Saya pun dah jadi malu dengar awak cakap macam tu. Maaf. Saya tak dapat nak tunaikan impian awak untuk menari dengan baju tu. Saya cuma dapat belikan untuk awak. Awak pakai la bila awak jumpa suami awak nanti.

29 Januari 2010 : Awak tiba-tiba ajak saya tengok bintang. Masa tu tak sempat sebab hujan. Saya buatkan origami bintang untuk awak. Supaya awak boleh tengok walaupun tanpa saya dan malam. Saya sangat kerdil untuk memetik bintang itu untuk awak.

Awak,

Kita dah bersahabat lama. Sahabat saya yang paling lama. 5tahun. Awak mungkin lupa tapi saya ingat semua janji kita. Maaf sebab saya dah mengotori persahabatan kita dengan perasaan saya. Dan mungkin awak tak nak berkawan dengan saya lagi. Jadi,saya harap dapat menunaikan janji-janji saya buat kali terakhir. Satu hari saja. Harap awak dapat luangkan. Saya ingin menunaikan janji-janji saya untuk awak.
Ikhlas dari hati,
Safuan.


Hampir sahaja menitis airmataku.
" Maafkan Dina. Dina masih belum bersedia untuk semua komitmen yang Wan minta. Kita masih muda. "Baru 17tahun.".


"Dina,Wan accident...!!!"


Safuan koma selepas kemalangan itu. Saya hanya mampu berdoa. Semoga Safuan sembuh untuk menunaikan janji-janjinya.

Dina tunggu Wan. Janji-janji kita. Hanya janji yang Dina nak tunaikan dengan Wan.

No comments:

Bewitched Pet