Tuesday, August 31, 2010

Akhiran

Seperti kertas.....
Apa yang saya lihat cuma apa yang tertulis...
Dan awak kertas kosong.....
Tiada apa yang diekspreskan....
Tidak menangis atau ketawa....
Saya tak tahu awak sayang atau benci...

Saya sedang memberitahu awak...
Suara saya ibarat angin...
Hanya lalu...
Tidak singgah...
Dan angin itu berkata...
Saya sayang awak...
Lalu pergi...
Tidak terkesan di hati awak...

Jadi saya tidak tahu...
Awak gembira atau sebaliknya...
Saya berharap awak beritahu saya....
Supaya saya berhenti berharap...
Beritahu dengan cara saya....
Supaya saya faham....

Saya tidak tahu sekarang...
Adakah awak ambil kisah...
Adakah awak ambil berat....
Tapi itu semua tidak penting....
Saya sudah berputus asa...
Menunggu jawapan awak...

Untuk itu...
Selamat Tinggal...

Friday, August 20, 2010

This one really meant for you..

Thanks a lot...
Because you always stay by my side...
Never leave...
And permanently be with me...

That just give me strength...
To hold on...
To keep move on...
To be patience...

You give me courage...
To hold still and fight...
To go through the worse...
For without you, I wouldn't be this strong...

So, I wrote this....
Knowing its still not enough...
To tell you how thankful I am..
For your presence by my side...
Always give me reasons....
To live better....

I hope you would read this...

Monday, August 16, 2010

Kenangan Masa Silamku

Masa berlalu begitu pantas rasanya...
Tidak ku sedar jauh telah ku tinggalkan momen-momen itu....
Kenangan yang tak mungkin kan kembali...
Saat-saat yang tak mungkin putar semula....
Terasa dingin hatiku ketika mengimbas....
Hanya mengimbas yang mampu ku lakukan.....

Kebahagiaan yang datang itu memang hanya sementara....
Tapi kesannya tidak mungkin hilang...
Terpahat dalam ingatan....
Mengukir senyumanku....

Ya Allah.....
Biarka kenangan lalu tetap di hatiku...
Agar ku tahu menghargai detik-detik yang berlalu....
Agar ku belajar erti sabar....
Menghadapi susah dan senang....
Agar ku belajar dari kesilapanku....

Masa silamku....
Itu aku kongsikan dengan kamu...
Terima kasih...
Kerana sudi menciptakan kenangan denganku...
Semoga kita menciptakan masa depan....
Seperti kenangan lalu...
Biar ia menjadi mimpi...
Yang tak ingin kita lupakan...

Kerana manisnya....
Tiada yang lebih manis....

Friday, August 13, 2010

Pengajaran Buatku

Terima kasih....
Kerana awak tinggalkan saya...
Dengan itu, saya dapat kembali semangat saya...
Saya kembali merasa lega...
Kerana saya berjumpa dengan yang lebih baik....

Mungkin tidak dapat saya menyayangi seperti mana sayangnya pada awak....
Mungkin dia mengganti tidak sebaik awak....
Tapi saya pasti....
Saya akan teruskan tanpa awak....

Terima kasih....
Kerana melukai saya....
Jadi, saya lebih immune dengan luka-luka lain....
Tabah menghadapi dugaan yang mendatang...
Kerana luka yang awak tinggalkan...
Tiada yang lebih parah dari itu....

Terima kasih....
Kerana sepanjang bersama awak.....
Saya belajar menyayangi....
Belajar berusaha mendapatkan apa yang saya inginkan...
Belajar melepaskan sesuatu yang bukan milik saya....
Tapi awak tidak ajarkan saya...
Bagaimana untuk berhenti mencintai....

Jadi,maaf....
Setelah sekian tahun...
Saya masih belum berhenti menyayangi awak....
Belum melupakan awak.....
Belum lagi untuk berhenti bermimpi....
Bahawa suatu hari nanti...
Awak akan kembali....

Saya masih belum mengesat air mata...
Yang dititiskan untuk menyedarkan awak....
Betapa saya sayangkan awak....

Tuesday, August 10, 2010

Janji untuk Dina

Tertera perkataan "Janji untuk awak. InsyaAllah" pada sampul itu. Saya mengambil dan membukanya. Bau surat itu harum dan menusuk ke rongga hidung.

Awak...

2 Ogos 2005 : Awak bagitahu saya keadaan di kampung awak. Awak cakap ada pantai cantik. Teringin nak berpiknik dengan keluarga. Tapi masa tu ayah awak cuti kejap. Tak sempat nak pergi. Saya janji dengan awak kan nanti kita pergi sama-sama. Gembira tengok awak tersenyum. Saya dah belajar masak sushi dan egg rolls yang awak suka. Bahan-bahan dia pun saya dah beli. Hari sabtu ni kita ke pantai nak? Saya minta Pak Halim bawa kita ke Pantai Baru Kelanang.

16 Mac 2006 : Awak ajar saya buat layang-layang masa kelas Pendidikan Seni kita. Saya masih simpan lagi layang-layang tu. Tapi awak pula yang tak pandai buat layang-layang bentuk bunga yang awak suka. Jadi, kita buat yang biasa saja. Saya janji dengan awak, kita main layang-layang yang awak suka. Saya dah siapkan satu untuk awak.

24 September 2007 : Satu perkara yang awak selalu bagitahu saya. Pemandangan matahari terbenam sangat cantik. Masa tu saya tak bagitahu awak. Tapi saya janji dengan diri saya, saya akan bawa awak tengok matahari terbenam.

10 Mei 2008 : Cerita Gol&Gincu favourite awak. Pierre Andre buatkan origami untuk Fazura. Awak paling suka babak tu. Semggu lepas tu pun awak masih cakap tentang romantiknya Pierre Andre tu. Awak pulak paksa saya berjanji untuk buatkan origami untuk awak. Origami and paper cut. Saya tak lupa.

9 November 2008 : Gelang yang Fidah bagi pada awak 2tahun lepas hilang. Kelam kabut dibuatnya. Awak merungut. Tak ada laci untuk awak simpan aksesori. Brooch awak pun selalu hilang. Saya buatkan satu laci kecil. Khas untuk awak. Sabtu ni saya bagi. Simpanlah barang awak baik-baik.

7 Jun 2009 : Awak nampak baju cantik masa kita keluar ke Mid Valley. Awak cakap nak pakai teringin nak pakai baju macam tu. Tapi boleh pakai kalau dengan suami je. Saya pun dah jadi malu dengar awak cakap macam tu. Maaf. Saya tak dapat nak tunaikan impian awak untuk menari dengan baju tu. Saya cuma dapat belikan untuk awak. Awak pakai la bila awak jumpa suami awak nanti.

29 Januari 2010 : Awak tiba-tiba ajak saya tengok bintang. Masa tu tak sempat sebab hujan. Saya buatkan origami bintang untuk awak. Supaya awak boleh tengok walaupun tanpa saya dan malam. Saya sangat kerdil untuk memetik bintang itu untuk awak.

Awak,

Kita dah bersahabat lama. Sahabat saya yang paling lama. 5tahun. Awak mungkin lupa tapi saya ingat semua janji kita. Maaf sebab saya dah mengotori persahabatan kita dengan perasaan saya. Dan mungkin awak tak nak berkawan dengan saya lagi. Jadi,saya harap dapat menunaikan janji-janji saya buat kali terakhir. Satu hari saja. Harap awak dapat luangkan. Saya ingin menunaikan janji-janji saya untuk awak.
Ikhlas dari hati,
Safuan.


Hampir sahaja menitis airmataku.
" Maafkan Dina. Dina masih belum bersedia untuk semua komitmen yang Wan minta. Kita masih muda. "Baru 17tahun.".


"Dina,Wan accident...!!!"


Safuan koma selepas kemalangan itu. Saya hanya mampu berdoa. Semoga Safuan sembuh untuk menunaikan janji-janjinya.

Dina tunggu Wan. Janji-janji kita. Hanya janji yang Dina nak tunaikan dengan Wan.

Thursday, August 5, 2010

Surat Cinta Dari Hati

Sesuatu yang saya ingin tuliskan untuk awak....
Surat cinta yang hati ini karangkan untuk awak...
Hanya untuk awak...

Hati ini tidak mampu berkata-kata...
Jadi maafkan ia kerana tidak bersuara...
Menyatakan kasih dan sayang yang sememangnya milik awak...

Semoga suatu hari nanti awak faham...
Andai hati ini mampu berbicara...
Pasti telah diungkapkan segala madah....
Segala puisi cinta...
Supaya awak tahu...
Betapa hati ini telah penuh dengan kasih untuk awak...
Sehingga tiada ruang untuk sayang yang lebih dari ini...

Saya cuma punya satu hati...
Hati ini untuk awak...
InsyaAllah...
Selama-lamanya...

Bewitched Pet