Tuesday, September 21, 2010

Analogy Kehidupan


Kalau kamu berjalan di sebuah hutan,pasti kamu melihat pokok-pokok yang memayungi kamu dari panas dan hujan. Mendengar sayup-sayup suara alam yang mendendangkan lagu asli bumi. Kemudian memerhati warna-warni spesies hidupan. Tumbuhan liar yang menjalar bersama rama-rama cantik. Pemandangan indah. Kamu perlu hargainya. Kerana bila kamu tersesat di hutan itu, pastinya kamu hanya mencari jalan keluar. Terlupa sekeliling kamu yang menjadi petunjuk arah. Dimana kamu melihat batu sebagai kompas. Buah-buahan yang membantu kamu terus bernafas. Air sungai yang menyucikan. Jangan lupakan semua itu bila kamu keluar dari keindahan yang tidak kamu sedari. Kerana masih banyak hutan yang belum kamu terokai. Masih ada bauan yang lebih wangi. Simpankan ia di dalam hatimu. Andai tidak sempat, mungkin itu yang terindah buatmu. Andai ada lagi, mungkin kamu lebih mengenali.


p/s : Saya suka analogy.Huhuuu...

Bewitched Pet